Bagaimana Whatsapp Official Boleh Blast Laju & Kalis Ban?
Apa itu Whatsapp Official?
WhatsApp Business API — atau lebih dikenali sebagai WhatsApp Official, adalah salah satu produk di bawah META. Ianya adalah saluran rasmi yang dibenarkan untuk kita blast kepada database tanpa sebarang restriction, selagi mana patuh kepada policy yang ditetapkan oleh pihak META
Kenapa WhatsApp Official Boleh Blast Laju?
- Guna Infrastruktur Server Meta
Semua mesej dihantar melalui server rasmi Meta. Jadi, tiada sekatan macam aplikasi auto-blast yang guna emulator atau extension berisiko. - Kelulusan Skrip Broadcast
Setiap skrip broadcast perlu submit kepada Meta dahulu untuk dapatkan approval. Sekiranya lulus, baru lah skrip tersebut boleh digunakan. Jadi, ianya sah di mata Meta - Boleh Hantar Hingga 1,000 Mesej Dalam 1 Minit
Dengan penggunaan software seperti Wabot Pro, blast jadi super pantas — sesuai untuk promosi besar, pengumuman penting atau follow-up automatik. - Setiap Mesej Adalah Berbayar
Setiap mesej yang dihantar melalui WhatsApp Official adalah berbayar. Bila berbayar, Meta sendiri bagi “green light” — tiada sekatan, tiada risiko, boleh blast sampai puas hati selagi mana mematuhi policy Meta.
Kenapa WhatsApp Official Kalis Ban?
- ✅ Mematuhi Polisi Meta
WhatsApp Official bukan jalan belakang. Ia adalah laluan rasmi yang memang diiktiraf Meta. Jadi risiko kena block atau ban adalah hampir tiada. - ✅ Ada Engagement Rating & Quality Score
Sistem akan pantau respons pelanggan — kalau pelanggan suka dan engage, sistem akan naikkan had penghantaran anda. Kalau pelanggan block pun, anda hanya “direhatkan” untuk suatu tempoh sebelum boleh menggunakannya kembali. - ✅ Business Manager Verification
Nombor WhatsApp Official dihubungkan dengan Business Manager dan telah melalui proses verifikasi , jadi bisnes anda sah & legal di mata Meta.

Free Trial Selama 14 Hari – Tanpa Kontrak!
Tak pasti sesuai ke tak? Anda boleh cuba Wabot Pro secara percuma selama 14 hari, tanpa sebarang komitmen. Kalau sesuai baru teruskan langgan – mudah kan?
Nak Kami Uruskan Kempen Broadcast Anda?
Jika anda mempunyai database yang besar (lebih 10,000 nombor) dan ingin serahkan sepenuhnya kepada team kami yang berpengalaman untuk uruskan dengan lebih efisien dan berkesan — jemput book sesi discovery bersama kami di link di bawah.
Klik untuk booking sesi ini.