5 Cara Tulis Skrip Broadcast WhatsApp Yang Selamat & Kurang Risiko Kena Banned
Isu nombor WhatsApp di-banned masih menjadi masalah utama untuk mereka yang kerap menggunakan fungsi broadcast.
Ada yang kena temporary banned, dan selepas buat appeal, boleh guna semula nombor. Tapi ada juga yang kena permanent banned—terus hilang nombor dan prospek sekali.
Untuk kurangkan risiko, boleh ikut 5 tips di bawah sebelum blast mesej anda:
1. Perkenalkan Diri
Jangan anggap pelanggan ingat anda. Sentiasa mulakan mesej dengan perkenalkan siapa anda dan dari mana — nampak lebih sopan dan profesional.

2. Guna Bahasa Mesra
Elak guna ayat formal macam surat rasmi. WhatsApp ialah platform santai, jadi skrip pun perlu mesra & mudah dibaca. Tapi jangan sampai terlalu kasual hingga mengganggu sensitiviti.
3. Berikan Pilihan “Stop”
Letak ayat opt-out di hujung mesej, contohnya:
“Nak stop terima mesej? Reply STOP.”
Ini bantu tapis prospek berkualiti & kurangkan risiko kena report.

4. Hantar Mesej Pada Waktu Sesuai
Elak mesej awal pagi atau tengah malam. Waktu ideal: 9 pagi – 9 malam. Tapi ikut juga audiens masing-masing — sesetengah niche sesuai pada waktu pagi.
5. Personalize Mesej
Guna nama penerima & rujuk history pembelian jika boleh. Boleh automate guna tools seperti Wabot Pro — lebih mudah & tak perlu buat satu-satu secara manual.
Menulis skrip broadcast WhatsApp bukan sekadar tulis dan hantar. Ia perlukan strategi supaya mesej kita tidak mengganggu dan nombor kita tidak disekat oleh sistem WhatsApp.
Mulakan dengan skrip yang mesra, sopan, relevan dan dihantar pada masa yang tepat.
Kalau anda perlukan sistem broadcast yang selamat, boleh cuba guna Wabot Pro — mudah, laju, dan kurang risiko kena ban. Ada hari 14 hari Trial Period, boleh cuba guna secara percuma tanpa sebarang komitmen.