Perbezaan Antara Whatsapp Official Vs Whatsapp Unofficial
Ramai pemilik bisnes masih belum tahu bahawa sebenarnya terdapat dua method untuk menghantar broadcast di WhatsApp — iaitu WhatsApp Official dan WhatsApp Unofficial.
Kebanyakan usahawan masih menggunakan WhatsApp biasa atau versi unofficial untuk hantar mesej kepada database, tanpa sedar bahawa cara ini berisiko tinggi.
Tanpa pematuhan kepada polisi Meta, nombor boleh kena banned secara tiba-tiba, walaupun mesej yang dihantar tidak melanggar etika.
Untuk elakkan isu ini, solusi paling selamat ialah beralih kepada WhatsApp Official — platform yang diiktiraf Meta, lebih stabil, dan direka khas untuk kegunaan bisnes secara sah dan berkesan.
Apa itu Whatsapp Official?
WhatsApp Business API — atau lebih dikenali sebagai WhatsApp Official, adalah salah satu produk di bawah META. Ianya adalah saluran rasmi yang dibenarkan untuk kita blast kepada database tanpa sebarang restriction, selagi mana patuh kepada policy yang ditetapkan oleh pihak META
Sebelum kami explain lebih lanjut, anda boleh lihat jadual di bawah untuk ketahui perbezaan Whatsapp Biasa dan Whatsapp Official:
Whatsapp Biasa (Unofficial) | Whatsapp Official | |
Risiko Nombor Kena Banned | Tinggi | Rendah |
Perlu ‘Warm Up’ Nombor Baru | Perlu minima 100 interaksi | Tak perlu |
Boleh guna nombor baru | ❌ | ✅ |
Kelajuan Broadcast | 2-4 mesej 1 minit | 1,000 mesej 1 minit |
Analitik Broadcast (Open, reply, dll) | ❌ | ✅ |
Format Mesej (Butang, list, dll) | ❌ | ✅ |
1. Risiko Nombor Kena Banned
Jika anda masih guna WhatsApp biasa, risiko untuk kena banned sangat tinggi. Sedangkan dengan WhatsApp Official, risiko ini jauh lebih rendah kerana ia adalah saluran rasmi yang diiktiraf oleh Meta.
Jika WhatsApp Official, kita boleh dapat “warning” awal sebelum kena ban sebab…
Kita boleh pantau status akaun kita sama ada dalam keadaan “green” (sihat, tak ada masalah nak teruskan broadcast), “yellow” (amaran pertama, perlu berjaga-jaga dengan broadcast yang berjalan, atau “red” (amaran keras, sebaiknya terus hentikan broadcast).

2. Warm Up Nombor
Selain berisiko tinggi kena ban, untuk broadcast menggunakan WhatsApp biasa, anda perlu ‘warm-up’ nombor terlebih dahulu.
Sekurang-kurangnya nombor yang dipilih perlu 100 interaksi awal sebelum boleh mula broadcast.
Hakikatnya kalau kena banned, tak semudah beli nombor baru saja.
Manakala kalau anda menggunakan Whatsapp Official pula? Tak perlu langsung.
Anda boleh terus menggunakan nombor baru & register dengan Meta.
3. Kelajuan Broadcast
Walaupun menggunakan nombor yg telah di-warm-up, WhatsApp biasa hanya mampu hantar 2-4 mesej saja dalam 1 minit.
Berbanding menggunakan Official, kita boleh hantaar sehingga 1,000 mesej seminit! Ini beza langit dan bumi kalau anda ada database yang besar.
Nak pulak ada launching, ada promosi terhad, WhatsApp Official adalah pilihan terbaik untuk hantar broadcast kepada database anda.
4. Analytic & Format Mesej Profesional
Dah hantar broadcast, kenalah ada report nak tengok keberkesanan mesej kita kan?
Nak tahu berapa ramai buka, klik atau balas mesej anda? Semuanya boleh jika anda broadcast WhatsApp melalui WhatsApp Official.
Tetapi versi biasa, tak ada fungsi nak tengok result broadcast anda.

Jelas dengan Kelebihan WhatsApp Official? Tebus Free Trial Selama 14 Hari – Tanpa Kontrak!
Tak pasti sesuai ke tak? Anda boleh cuba Wabot Pro secara percuma selama 14 hari, tanpa sebarang komitmen. Kalau sesuai baru teruskan langgan – mudah kan?
Nak Kami Uruskan Kempen Broadcast Anda?
Jika anda mempunyai database yang besar (lebih 10,000 nombor) dan ingin serahkan sepenuhnya kepada team kami yang berpengalaman untuk uruskan dengan lebih efisien dan berkesan — jemput book sesi discovery bersama kami di link di bawah.
Klik untuk booking sesi ini.